Kedai Online

baby baru

7 march 2009 jam 7.20 pagi saat kelahiran baby ke 3 aku . berat 3.17 kg . alhamdulillah semua selamat... namanya Muhammad Aqil Afi ..

spam

ini adalah spam yang pernah aku terima, jangan terpedaya.. nanti habis duit dalam account..

We are hereby notifying you that we've recently suffered a DDos-Attack on one of our's Online Banking server. For security reasons you must complete the next steps to verify the integrity of your Maybank account. If you fail to complete the verification in the next 24 hours your account will be suspended.

Here's how to get started:

1. Log in to Maybank online account (click here).

2. You must request for TAC via Maybank online banking - your TAC will be sent via SMS to the mobile phone number you registered.
( you can find the "Request a TAC" button in the Utilities menu of your account )

3. Logout from your account and close the browser.

4. When you have received the TAC (Transaction Authorization Code) on your mobile phone, go to our secured verification server and submit the requested information (Username, password and TAC). (click here) to go on our secured server. 5. Please allow 48 hours for processing. Please comply and thanks for understanding.

selamat tinggal 2008

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

nampaknya 2008 akan segera meninggalkan kita . dan 2009 dengan segera mengantikannya . sudah pasti banyak kenangan pahit atau manis yang dilalui sepanjang tahun 2008 , buang yang keruh ambik je yang jernih . tahun sudah berganti tahun . apakah peningkatan yang dapat dilihat sepanjang tahun ini , adakah semua janji-janji pada tahun 2007 telah ditunaikan atau belum . kalau belum bolehlah ditambah dalam senarai janji 2008 untuk ditunaikan pada 2009 masih belum terlambat hee..hee...

2009 dijangka kekangan ekonomi global lebih ketara . Berjimat cermatlah ,jangan terlajak belanja lagi . tabung-tabunglah lebih yang ada . so ... nak pi tengok bunga api ni... WELCOME 2009 ...BYE-BYE 2008 .

hujung tahun


assalamualaikum ...

apa yang boleh digambarkan dengan bulan december , penghujung tahun . bagi ayiipz bulan december selain musim cuti sekolah dan musim kenduri kahwin. ya juga bulan yang banyak public holiday.. masa yang sesuai untuk menghabiskan cuti tahunan yang ada.. ya masa untuk bercuti dan melancung bersama keluarga....best nye kalau dapat lepak kat mana-mana pulau dan bersantai.

Tapi sayang sekali untuk 2008 sepanjang bulan december hanya lepak kat umah je dan kawasan yang berhampiran dengannya , kerana ketidak laratan isteri yang sekarang ni sedang hamil 7 bulan , dan dana untuk bercuti itu terpaksa ditarik balik dan digunakan untuk menyambut baby baru nanti... hee...hee.

salam maal hijrah 1430



MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Peristiwa-peristiwa penting:
* 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
* 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

feedback dari pembaca ebook ternak cacing

terima kasih kepada encik saravanan kerana memberikan feedback yang baik terhadap ebook ternak cacing saya. saya turut merasa bangga kerana dapat membantu encik


E-book saudara , banyak membantu saya memulakan ternakan cacing saya , walaupun ringkas tetapi padat dengan informasi , tetapi di-sini ingin saya ajukan beberapa soalan untuk memantapkan lagi ilmu yang sedia ada.

1) Set drawer Toyogo yang saudara syorkan tidak mempunyai sebarang lubang untuk “ drain” apakah itu OK , dan medium tidak akan menakung air dari siraman harian ?
itu tidak menjadi masalah , kerana kita hanya spray air secukupnya sahaja dan tidak berlebihan , keadaan medium sepatutnya seperti span yang diperah ,keadaannya bergumpal semasa digenggam dan tidak berderai dan tidak banyak menitiskan air. pastikan keadaannya selalu begitu.

2) Berapa jumlah berat makanan yang harus diberikan kepada cacing ? Katakan 200 g satu drawer ?
apa yang dimaksudkan makanan ialah mediumkan. mengikut teorinya sekilo cacing akan memakan sekilo makanan sehari. tapi bagi saya sekilo cacing diletakan dalam 15 kg medium untuk 30 hari bukan 30kg dan selebihnya ditambah dengan makanan tambahan seperti hampas soya , kulit tembikai susu atau batang pisang. dan untuk 200gm cacing, saya akan letakan dalam 3kg medium untuk 30 hari.

3) Apakah makanan harus di-berikan kepada cacing , se-setengah penternak , tidak memberi sebarang makanan tetapi dengan hanya menambah medium ? ( serbuk kayu + tinja kambing )
apa yang dimaksudkan itu makanan tambahankan, benar medium itu sendiri makanan cacing. makanan tambahan berguna untuk pembiakan cacing dengan lebih baik contohnya hampas soya dan kulit tembikai susu.dan dapat menjimatkan penggunaan medium dan dapat menambahkan kadar npk vermikompos.

4) Bolehkah vermicompostea boleh di-botolkan dan di-jual ? mengikut e-book saudara , mikrob dalam kandungan akan mati selepas 12 jam.
ya.. betul,apa kata encik ambik order , buat dan customer menggunakan dalam jangkamasa itu..perancangan harus dibuat bersama pengguna.

Berharap saudara dapat membantu …
semoga jawapan saya sedikit sebanyak dapat membantu encik.

ebook ternak cacing edisi update



assalamualaikum dan salam sejahtera

promosi....promosi....promosi... ebook ternak cacing edisi update telah diterbitkan.

  • telah ditambah nilai.
  • sesuai untuk beginner.
  • penduduk kawasan bandar & luar bandar.
  • kawasan terhad.
  • modal ciput.
  • baru nak kenal cacing kompos.
  • Ingin memulakan secara kecil-kecilan dahulu.

Dapatkan sekarang ebook ternak cacing edisi update yang ditambah nilai tapi harga tetap sama


pembayaran melalui online atau mesin ATM maybank. Emel
ayiipz@yahoo.com untuk membuat pesanan terlebih dahulu.

E book ternak cacing ini adalah berbentuk digital dalam format pdf. Anda memerlukan perisian Adobe Reader bagi membuka fail. Anda boleh memuat turun Adobe Reader di http://www.Adobe.com secara percuma.

Penghantaran akan dibuat dalam tempoh 24 jam terus ke inbox e-mel anda. Setelah menerimanya anda boleh download dan savekan dalam komputer anda. Anda boleh membuka dan membacanya bila-bila masa anda suka. Atau anda boleh printkan di atas kertas. Mudah bukan?

Anda tidak akan merasa rugi kerana e book ini mempunyai 23 page, ringkas tapi penuh dengan maklumat asas tentang penternakan cacing di dalam bandar.Ia juga dibantu dengan gambar-gambar. Dan harganya hanya RM10 sahaja.

selamat hari raya aidilfitri

ayiipz dari vermiculture/ternakcacing ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan yang dilakukan oleh ayiipz secara sedar atau tidak sedar.
dan ayiipz dan keluarga akan beraya di dungun trengganu.

bagi yang akan memandu untuk balik ke kampung, ayiipz doakan semoga selamat didalam perjalanan, berhati-hati memandu. biar lambat tetapi selamat.

akhir sekali ayiipz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya pada semua sahabat-sahabat dan semua pembaca vermiculture/ternakcacing.

selamat hari raya aidilfitri....

molases untuk dijual

sesiapa ingin mendapatkan molases boleh menghubungi en. amirul di 012-2103845 lokasi di jeram selangor (kg bukit hijau)



99 kg ke bawah 1.20

100 kg ke atas 0.85

1 ton ke atas 0.66

lubang misteri


assalamualaikum dan selamat sejahtera,


beberapa hari ni aku pelik melihat lubang yang terjadi di atas medium. mula-mula aku ingatkan anak-anak aku cucuk dengan kayu. aku hanya kambus semula. tapi pada keesokan harinya ada lagi lubang.pelik betul.rasa cuak pun ada.takut ular.


hari ini aku memberanikan diri untuk mengali dan menyiasat. pergh ... gali punya gali, gembur punya gembur rupa-rupanya ada kumbang tanduk. bukan sekor tapi dua ekor.tension betul.dah berapa banyak cacing aku dikendurikan aku pun tak tahu.


so.. pengajaran dari ini bekas harus ditutup dengan net, baru boleh selamat.