.jpg)
assalamualaikum dan selamat sejahtera,
beberapa hari ni aku pelik melihat lubang yang terjadi di atas medium. mula-mula aku ingatkan anak-anak aku cucuk dengan kayu. aku hanya kambus semula. tapi pada keesokan harinya ada lagi lubang.pelik betul.rasa cuak pun ada.takut ular.
hari ini aku memberanikan diri untuk mengali dan menyiasat. pergh ... gali punya gali, gembur punya gembur rupa-rupanya ada kumbang tanduk. bukan sekor tapi dua ekor.tension betul.dah berapa banyak cacing aku dikendurikan aku pun tak tahu.
so.. pengajaran dari ini bekas harus ditutup dengan net, baru boleh selamat.
buat pesanan pada ayiipz@yahoo.com sekarang. jangan tunggu sampai esok.










5 comments:
Salam,
Bagus tu. Pengalaman berguna.
Saya guna kain organza untuk tutup bekas. Setakat ni ok.
Cuma bekas lama tu masih ada hama sikit-sikit lagi.
huhu~ tula ecah tak plak pnah jumpe kumbang.. gambar mcm anak kumbang je? awal-awal lg ecah dah tutup permukaan dengan dawai halus yg utk buat ayak tu.. bagusnya kamera leh zoom kasi cantik punye gambar..
terima kasih pakuteh , terima kasih ecah
Salam Tuan,
Setahu saya, kumbang tanduk dewasa hanya makan media cacing tu shj (reputan), ia bukan karnivor. Cuma larvanya shj yg makan semua. tak kira cacing atau media. saya syorkan tuan periksa bekas media tu, takut ada telur2 kumbang. Mungkin ia masuk utk bertelur. Kumbang tanduk ini juga yang selalu menyerang tanaman sawit. wallahualam.
ayiipz2paktani
terima kasih paktani sudi bertandang info paktani amat2 dihargai.
Catat Ulasan