Kedai Online

harvest lagi







assalamualaikum dan selamat sejahtera
ini ada dilampirkan beberapa photo semasa saya mengayak vermicompos yang siap dituai .lihat pengayak tu .. baru buat . saya menggunakan dawai halus dan frame kayu. saya buat sendiri , tu yang nampak tak berapa hensem. semasa membuat kerja pengayakan banyak pulak nampak anak - anak cacing yang halus sebesar bulu mata sayang pulak . ambik banyak masa jugak nak mengeluarkan anak-anak cacing ni. mana yang nampak selamatlah dia , mana yang tak nampak tu jadi bajalah jawapnya. so hanya satu drawer je harvest , lain-lain tu tunggu anak-anak cacing tu besar sikit, mungkin dalam dua minggu lagi.
sekian terima kasih

4 comments:

dean berkata...

Berapa lama telor menetas dan anak cacing boleh membesar dgn saiz 10mm panjang? Anda guna jaring nyamuk ke utk mengayak?

ayiipz berkata...

saya gunakan jaring dawai halus tu. sebelum ni saya ada asingkan telur cacing dan dalam pemerhatian saya telur menetas selepas 3 minggu.kalau nak ikutkan lepas menetas saiznya adalah macam bulu mata 5mm ada kot.lepas seminggu saya nampak ada lebih kurang 15mm.mungkin ni bukan jawapan yang tepat bagi jawapan saudara.

Ecah berkata...

1.kalau kite xasingkan xbleh ke..?

2.kecilnye sebesar bulu mata.. kalau nak asingkan, mesti letak dalam media jugalah kan..?

3.ayiipz letak dalam bekas apa?

ayiipz berkata...

1.kalau tak asingkan sayang jugak anank cacing tu
2.kena letak dalam medium juga
3.sekarang ni dalam rak kayu dan rak toyogo