terima kasih kepada encik saravanan kerana memberikan feedback yang baik terhadap ebook ternak cacing saya. saya turut merasa bangga kerana dapat membantu encik
E-book saudara , banyak membantu saya memulakan ternakan cacing saya , walaupun ringkas tetapi padat dengan informasi , tetapi di-sini ingin saya ajukan beberapa soalan untuk memantapkan lagi ilmu yang sedia ada.
1) Set drawer Toyogo yang saudara syorkan tidak mempunyai sebarang lubang untuk “ drain” apakah itu OK , dan medium tidak akan menakung air dari siraman harian ?
itu tidak menjadi masalah , kerana kita hanya spray air secukupnya sahaja dan tidak berlebihan , keadaan medium sepatutnya seperti span yang diperah ,keadaannya bergumpal semasa digenggam dan tidak berderai dan tidak banyak menitiskan air. pastikan keadaannya selalu begitu.
2) Berapa jumlah berat makanan yang harus diberikan kepada cacing ? Katakan 200 g satu drawer ?
apa yang dimaksudkan makanan ialah mediumkan. mengikut teorinya sekilo cacing akan memakan sekilo makanan sehari. tapi bagi saya sekilo cacing diletakan dalam 15 kg medium untuk 30 hari bukan 30kg dan selebihnya ditambah dengan makanan tambahan seperti hampas soya , kulit tembikai susu atau batang pisang. dan untuk 200gm cacing, saya akan letakan dalam 3kg medium untuk 30 hari.
3) Apakah makanan harus di-berikan kepada cacing , se-setengah penternak , tidak memberi sebarang makanan tetapi dengan hanya menambah medium ? ( serbuk kayu + tinja kambing )
apa yang dimaksudkan itu makanan tambahankan, benar medium itu sendiri makanan cacing. makanan tambahan berguna untuk pembiakan cacing dengan lebih baik contohnya hampas soya dan kulit tembikai susu.dan dapat menjimatkan penggunaan medium dan dapat menambahkan kadar npk vermikompos.
4) Bolehkah vermicompostea boleh di-botolkan dan di-jual ? mengikut e-book saudara , mikrob dalam kandungan akan mati selepas 12 jam.
ya.. betul,apa kata encik ambik order , buat dan customer menggunakan dalam jangkamasa itu..perancangan harus dibuat bersama pengguna.
Berharap saudara dapat membantu …
semoga jawapan saya sedikit sebanyak dapat membantu encik.
#2: It's Not as Bad as You Think: Why Capitalism Trumps Fear and the Economy
Will Thrive
-
It's Not as Bad as You Think: Why Capitalism Trumps Fear and the Economy
Will Thrive by Brian S. Wesbury, Amity Shlaes 2,587% Sales Rank in Books:
226 (was...
1 jam yang lalu
buat pesanan pada ayiipz@yahoo.com sekarang. jangan tunggu sampai esok.










2 comments:
teruskan usaha penerangan yang baik ini. membaca je tanpa penerangan soaljawab dua hala seperti ini kadang-kadang menyebabkan ramai faham ala kadar. syabas.
terima kasih bro
Catat Ulasan